ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana anda telah memilih untuk melayari profail korporat syarikat kami.
Kami di Hasani Group, sentiasa berusaha untuk memenuhi permintaan pelanggan dengan menyediakan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang paling kompetitif dan berpatutan. Sejak awal penubuhan, Hasani Group telah sinonim dan mempunyai reputasi sebagai penyedia pelbagai kemudahan dan barisan pelbagai produk dan perkhidmatan milik bumiputera yang terbaik di utara semenanjung.

Hasani Group terlibat dalam perniagaan restoran nasi kandar, pemborong dan jualan runcit buku-buku sekolah dan umum, alatulis dan kelengkapan persekolahan, pembekal dan penjualan runcit makanan sunnah dan barangan dari Timur Tengah, penyedia khidmat latihan, minimarket, perhotelan, pengurup wang dan barangan kosmetik.

Perniagaan Hasani Group adalah diasaskan atas nilai-nilai kekeluargaan yang utuh. Kerana kami adalah perniagaan keluarga, kita tidak perlu berkompromi dalam memberi penekanan kepada  kualiti dan mutu perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan-pelanggan kami. Penekanan keatas nilai-nilai ini adalah tonggak kejayaan syarikat selama ini. Keutamaan kami adalah dalam memastikan semua pelanggan diberi layanan dan khidmat yang cemerlang dan terbaik dalam apa juga bidang perniagaan yang diceburi. Atas prinsip dan semangat ini, kami di Hasani Group bertekad untuk melakukan perkara-perkara berikut untuk pelanggan-pelanggan kami. Kami berjanji untuk memastikan bahawa semua tindakan kita dilakukan bersungguh-sungguh dengan penuh integriti dan kejujuran. Kami berjanji akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan kami  dan kami berjanji untuk sentiasa sedia untuk menerima teguran pelanggan.

Melalui komitmen kami terhadap mutu perkhidmatan, Hasani Group telah berjaya menempatkan diri sebagai pembekal produk dan perkhidmatan yang boleh dipercayai di utara semenanjung sejak bertahun-tahun. Dengan semangat inilah kakitangan Hasani Group dengan dedikasi menggalas tanggungjawab dan tugas membina hubungan strategik dengan setiap pelanggan. Melalui pembentukan perkongsian berpanjangan, kami akan terus berusaha untuk sentiasa cuba memperbaiki hubungan dengan pelanggan dan pada masa yang sama berkembang dan menyesuaikan diri dengan keperluan semasa yang sentiasa berubah. Kita berharap dapat menambah nilai dalam melakukan setiap urusan perniagaan dengan pelanggan.

Akhir sekali, bagi pihak kakitangan dan pengurusan Hasani Group, saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan semua pelanggan menggunakan perkhidmatan kami serta mengenali dan mempromosikan produk-produk syarikat kami untuk manfaat bersama. Kita juga bersedia untuk menerima sebarang teguran, komen dan maklum balas daripada pelanggan untuk penambahbaikkan demi mempertingkatkan mutu perkhidmatan kami.

Terima kasih & Salam hormat

Hj Farook Hassan Bin Mohamed Hussain
Chairman's Message
ABOUT US
For Enquiries, please contact us on the coordinates below.
Headquaters Office

HASANI GROUP OF COMPANIES
25 Jalan Kampung Baharu
08000 SUNGAI PETANI
Kedah Darulaman
Malaysia
Send us a mail

hasani@gmail.com
Phone or Fax us

T : +604-424 4811
F : +604-424 4800
HP : +06012 4272786
Ó2020 HASANI GROUP. All Rights Reserved.

Business Divisions
HQ Location
5.637567, 100.488138
HASANI JEWELS   |   HASANI MANAGEMENT   |   KURSUS KOMPUTER   |   HASANI MART   |   HASANI NEWS   |   ONLINE BOOKS SALES


        About Us       |   Business Division      |     Corporate Info     |      CSR     |    Gallery     |    Announcement     |    Online