About HASANI CARE
Perkukuh Imej Tanggungjawab Sosial Korporat untuk Rakyat Malaysia
HASANI CARE adalah bertujuan untuk membantu komuniti melalui khidmat kemasyarakatan. Aktiviti CSR HASANI adalah bertunjangkan kepada empat bidang utama iaitu pendidikan, komuniti, kesihatan serta sukan. HASANI CARE sentiasa mengutamakan pelanggan dan tidak pernah jemu membantu rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Di samping itu juga HASANI CARE membantu rakyat-rakyat negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Tahun 2006, gempa bumi di Yogyakarta Indonesia, Tahun 2009 Gempa Bumi di Padang Indonesia, Tahun 2014 Bencana banjir Daerah Tanah Merah dan Pasir Mas Kelantan, Tahun 2008, Kebakaran di Kampung Nelayan, Tanjung Dawai, Tahun 2014 Banjir di Kampung Gajah Perak Tengah, Tahun 2018, Banjir kilat di Pokok Sena Kedah, Tahun 2004 Tsunami di Kuala Muda.
Semasa seluruh dunia melalui Pandemik COVID-19, HASANI CARE telah mengambil inisiatif untuk meringankan kebebanan masyarakat di negeri Kedah Darul Aman. HASANI CARE telah menghulurkan bantuan berupa 4500 bungkusan makanan bernilai RM450,000.00. Pengagihan bungkusan makanan ini telah dilakukan pada dua fasa yang berturutan.
Di samping itu HASANI CARE telah menganjurkan 2 Larian Amal pada tahun 2019 iaitu Hasani Sungai Petani Charity Run 2019 dan Kulim Hasani Charity Run 2019.
Kempen Menderma Darah juga telah diadakan selama 3 hari di Sungai Petani dan Kulim dengan kerjasama Tabung Darah, Hospital Besar Alor Setar ( Hospital Sultanah Bahiyah) & Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Ptani. HASANI CARE juga telah menderma sebuah mesin dialysis bernilai RM41,000.00. Di samping itu HASANI CARE juga telah menderma 24 buah kerusi beroda kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kepada individu yang memerlukan.
HASANI CARE juga menderma RM 32,000.00 kepada Tabung Rayuan Bantuan kepada negara Palestin, Syria, Rohinya dan negara Yamen melalui MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam)
Setiap tahun HASANI CARE memberi bantuan hamper makanan pada Hari Raya Aidilfitri & Deepavali. Lebih kurang 1000 hamper di hulurkan pada hari raya manakala 500 hamper pada Deepavali kepada semua penduduk di kawasan Sungai Petani, Pokok Sena dan Alor Setar.