SISTEM OPERASI
Setiap peserta Kursus Perkahwinan mesti berdaftar dengan menggunakan Borang Pendaftaran khas. Semua pendaftaran mestilah disertai dengan salinan kad pengenalan. Pendaftaran kursus di syarikat ini dibuat dengan menggunakan perisian komputer yang diprogram khas bagi memudahkan proses pendaftaran iaitu bagi penyimpanan data peribadi peserta. Program ini akan memberikan senarai peserta kursus perkahwinan untuk dihantar ke Jabatan Agama Islam Negeri untuk memproses Sijil Kursus Perkahwinan. Pengkalan data ini juga disimpan secara 'hard copy' dan 'soft copy' selama 2 tahun sekiranya sijil hilang atau rosak.
Pendaftaran Kursus
Yuran Kursus
Yuran Kursus Perkahwinan sebanyak RM100.00 dikenakan bagi setiap peserta. Yuran ini telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman dan Negeri Perak Darul Ridzuan. Setiap peserta yang telah menjelaskan yuran akan diberikan dua (2) keratan kupon. Kupon-kupon ini mestilah disimpan sebagai bukti yuran kursus telah dijelaskan serta ianya mestilah diserahkan semula kepada staf pentadbiran sebagai bukti kehadiran peserta ke kursus pada kedua-dua hari kursus (Sabtu & Ahad)
Tempoh Kursus
Kursus Perkahwinan ini dijalankan selama dua hari berturut-turut iaitu bagi tempoh lebih kurang 14 jam. Dalam tempoh masa ini sebanyak 13 modul akan diajar iaitu tujuh (7) modul pada hari pertama dan enam (6) modul pada hari kedua. Pembahagian pengajaran modul-modul ini boleh berubah-ubah mengikut budibicara Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.
Setiap peserta Kursus Perkahwinan yang telah menghadiri kesemua pengajaran tiga belas(13) modul selama dua(2) hari serta telah menandatangani borang kehadiran selama empat (4) kali adalah layak untuk dianugerahkan Sijil Kusus Perkahwinan. Peserta yang hanya hadir sebahagian dari modul pengajaran tidak akan diberikan sijil sehingga beliau menghadiri kelas pengajaran yang belum diikutinya pada hari kursus minggu berikutnya.
Kelayakan Penganugerahan Sijil
Pemantauan Kehadiran Peserta
Kedatangan peserta dipantau dengan dua kaedah. Kaedah pertama ialah dengan mengumpul keratan kupon pembayaran yuran sebelum peserta masuk ke bilik kuliah. Kaedah kedua ialah peserta mesti menandatangani Borang Kehadiran Kursus sebanyak empat (4) kali. Peserta yang tidak hadir pada sesuatu sidang tertentu akan ditanda dengan dakwat merah dan tidak akan diberikan sijil sehingga peserta tersebut menghadiri kelas-kelas tersebut.
Taklimat Kursus
Taklimat pertama KursusPra-Perkahwinan akan diberikan oleh staf pentadbiran selama lebih kurang 10 hingga 15 minit supaya pengendalian kursus dapat berjalan dengan lebih lancar selama dua (2) hari. Dalam taklimat ini penekanan diberikan kepada kehadiran, displin semasa kursus dijalankan dan di luar dewan kuliah, kedudukan tempat makan, minum, tandas dan surau lelaki dan perempuan. Taklimat kedua Kursus Perkahwinan diadakan pada hari kedua iaitu selepas sahaja kuliah terakhir kursus perkahwinan tamat. Dalam taklimat ini pula akan diterangkan cara pengambilan sijil iaitu peserta diminta agar menelefon terlebih dahulu sebelum datang mengambil sijil. Selepas taklimat tersebut Cabutan Bertuah Mingguan atau Bulanan akan diadakan. Penceramah terakhir pada hari tersebut yang memberikan hadiah-hadiah kepada peserta-peserta bertuah.
Sarapan pagi disediakan untuk dua hari di sepanjang kursus dijalankan.
Makan & Minum Peserta
Hari / Tempoh Kursus Perkahwinan
Kursus Perkahwinan ini dijalankan setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad atau pada hari Jumaat dan Sabtu. Ini bergantung kepada permintaan peserta. Pakej khas juga boleh diaturs untuk syarikat-syarikat atau organisasi-organisasi yang memerlukan kursus ini bagi staf-staf mereka.
Sijil Kursus Perkahwinan
Sijil Kursus Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Sijil inihanya dikeluarkan setelah borang kehadiran ( 4 kali kehadiran ) peserta dihantar kepada Majlis Agama. Majlis Agama akan mengambil masa lebih kurang seminngu untuk menyiapkan sijil-sijil tersebut. Peserta Kursus Perkahwinan atau wakil peserta yang layak menerima sijil boleh mengambil dari pejabat pentadbiran setelah menandatangani Borang Pengambilan Sijil. Peserta boleh mengambil sendiri sijil di pejabat tempat berkursus (peserta mesti telefon dahulu untuk mengetahui tentang sijil) boleh diposkan (hanya dalam keadaan istimewa sahaja)
Tentang Kami        |         Maklumat Kursus        |        Lokasi Kursus        |        Daftar Kursus        |        Modul Kursus         |        Objektif Kursus        |       Sistem Operasi
Etika Kursus      |      Sijil Kursus      |      Jadual Kursus      |       Yuran Kursus      |      Kata Inspirasi      |      Selamat RT    |       Masalah Kahwin         |       Hubungi Kami                      
For Enquiries, please contact us on the coordinates below.
Headquaters Office

HASANI GROUP OF COMPANIES
25 Jalan Kampung Baharu
08000 SUNGAI PETANI
Kedah Darulaman
Malaysia
Send us a mail

hasani@gmail.com
Phone or Fax us

T : +604-424 4811
F : +604-424 4800
HP : +06012 4272786

2020 HASANI GROUP. All Rights Reserved.

HASANI JEWELS   |   HASANI MANAGEMENT   |   KURSUS KOMPUTER   |   HASANI MART   |   HASANI NEWS   |   ONLINE BOOKS SALES

Business Divisions
HQ Location
5.637567, 100.488138
Find out more about HASANI GROUP and its various business
        About Us       |   Business Division      |     Corporate Info     |      CSR     |    Gallery     |    Announcement     |    Online