Sejarah penubuhan Syarikat Kumpulan Hasani bermula seawal tahun 1978 apabila pengasas dan peneraju utama Syarikat Kumpulan Hasani, Tuan Haji Farook Bin Mohamed Hussain, yang pada ketika itu berusia 17 dan baru sahaja menamatkan SPM, membuka sebuah kedai runcit kecil di bangunan PKNK di Sungai Petani. Pada awal penubuhannya, kedai runcit itu hanya menjual barang-barang runcit, surat khabar dan buku-buku umum serta alatulis.

Sebagai mengorak langkah untuk maju kedepan, Tuan Hj Farook mendaftarkan perniagaan tersebut dengan Pendaftar Syarikat atas nama perniagaan Hasani Enterprise (No Pendaftaran AS0093537-V) pada 20hb Mac 1988. Pada ketika itu, usia beliau sudah mencecah 27 tahun.  Bermula dari kejayaan perniagaan beliau pada ketika itu, anak muda berjiwa besar itu memasang wawasan untuk maju dengan lebih lagi dan dengan beraninya mula menceburi bidang-bidang perniagaan lain.

Pada awal tahun 1990'an Hasani Enterprise dilantik menjadi pengedar buku teks sekolah-sekolah untuk kawasan utara. Pada mulannya semua perniagaan itu diletakkan dibawah syarikat Hasani Enterprise. Rentetan dari itu  dan sebagai persediaan untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau, Hasani Edar Sdn Bhd ditubuhkan pada
21hb Jan 1998 untuk mengambil alih semua perniagaan pengedaran dan peruncitan buku-buku, alatulis dan peralatan sekolah yang sebelumnya dikendalikan di bawah Hasani Enterprise. Setakat hari ini Hasani Edar mempunyai 13 buah kedai buku di seluruh negeri Kedah, Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1993 Hasani Enterprise membuat permohonan kepada Bank Negara Malaysia untuk lesen perniagaan penggurupan wang asing, dan Alhamdulilah, permohonan itu telah diluluskan. Pada 9hb September 1993 Hasani Enterprise membuka cawangan pertama perniagaan pengurupan wangnya di Bangunan Ban Bee Sungai Petani. Bermula 3hb Oktober 2001 perniagaan pengurupan wang telah diletakkan dibawah Hasani Money Changer Sdn Bhd.

Berkuatkuasa dari 29hb Jan 2015, semua Pengurup Wang Berlesen diuruskan oleh Hasani Bumi Identiti Sdn Bhd. Setakat hari ini, syarikat mempunyai 15 cawangan di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Syarikat dalam perancangan untuk membuka banyak lagi cawangan dalam masa terdekat.
Berkuatkuasa dari 29hb Jan 2015, semua Pengurup Wang Berlesen diuruskan oleh Hasani Bumi Identiti Sdn Bhd. Setakat hari ini, syarikat mempunyai 15 cawangan di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Syarikat dalam perancangan untuk membuka banyak lagi cawangan dalam masa terdekat.

Pada 30hb Ogos 1998 Tuan Haji Farook menubuhkan Hasani Management Sdn Bhd khusus untuk merealisasikan visi beliau untuk menceburkan diri dalam pengendalian kursus-kursus untuk umum seperti kursus perkahwinan, kursus komputer, kursus bahasa, kursus pengurusan dan kelas-kelas tiusyen untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Pada pendirian beliau, selain keterlibatan dalam perniagaan, beliau ingin menunaikan tuntutan fardhu kifayah untuk menyediakan keperluan untuk anak bangsa dan masyarakat setempat. Pada hari ini syarikat menganjurkan kursus perkahwinan mingguan di empat cawangan berasingan, di Sungai Petani, Kulim, Kamunting dan Ipoh.

Bermula 6hb Disember 2000 Tuan Haji Farook menceburkan diri dalam perniagaan restoran nasi kandar dengan pembukaan restoran pertamanya di Pekan Baru Sungai Petani. Restoran ini di beri nama Restoran Nasi Kandar Hussain, mengambil sempena nama ayah beliau. Perniagaan nasi kandar beliau mendapat sambutan ramai, bukan sahaja kerana keenakan makanan dan kebersihan restoran, tetapi juga kerana layanan cepat dan mesra dari kakitangan. Kejayaan ini mendorong beliau untuk membuka lebih banyak lagi cawangan-cawangan di kawasan lain. Setakat hari ini, Hussain Nasi Kandar mempunyai 7 buah rangkaian cawangan di negeri Kedah dan Pulau Pinang. Syarikat sedang dalam perancangan untuk membuka beberapa lagi rangkaian cawangan dalam masa terdekat.

Hasani Group menggorak langkah lebih lanjut dengan melibatkan diri dalam bidang perniagaan lain seperti perniagaan hotel (Q-Bintang Hotel di Alor Setar dengan 54 bilik), perniagaan minimarket, perniagaan bakeri, perniagaan pembekalan makanan sunnah dan produk dari asia barat, perniagaan katering dan juga perniagaan kedai gunting rambut. Selain dari penglibatan dalam bidang pertanian dan penternakan, Hasani Premier telah ditubuhkan khusus dalam pembuatan dan pengedaran produk kosmetik dan kecantikan, produk penjagaan diri dan produk kesihatan. Sehingga kini Hasani Group  mempunyai 65 cawangan yang terdiri dari 16 jenis perniagaan. Hasani Group mempunyai lebih dari 600 orang kakitangan.
        About Us       |   Business Division      |     Corporate Info     |      CSR     |    Gallery     |    Announcement     |    Online    
ABOUT US
For Enquiries, please contact us on the coordinates below.
Headquaters Office

HASANI GROUP OF COMPANIES
25 Jalan Kampung Baharu
08000 SUNGAI PETANI
Kedah Darulaman
Malaysia
Send us a mail

hasani@gmail.com
Phone or Fax us

T : +604-424 4811
F : +604-424 4800
HP : +06012 4272786
Ó2020 HASANI GROUP. All Rights Reserved.

Business Divisions
HQ Location
5.637567, 100.488138
Find out more about HASANI GROUP and its various business